CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Mereka terbaik Fatin NorIzzati , Siti Auni , Putera Adam Iman , Nur Emilia Iryani , Aniss Tasya Adira , Meor Amirun , Anis Syazwani , Farra Nur Emilia

Saturday, March 19, 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITAA

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Ditulis oleh Hj Abdul Samad 

Thursday, March 17, 2011

hmm :')


Hmm  aku tak faham lagi kenapa kan , hidup aku macam nieyh . seems setiap minggu aku mesti rasa cam malas da nak sambung kehidupan aku . sumpah doh , aku da tak larat lagi . nasib baik ade Si Dia yang selalu teman aku . kalau tak enn , tak tahu laa camna hidup akuuu . entah hidup entah mati , Wallahua'lam :')

and pasal post nieyh ditujukan tersangat sangat khas untok kau . hmm act aku daa penat laa nak kenal diri kau . dari dulu lagi , ade jee benda yang buat aku asyik terpikir pasal kau + sedih pasal kau . dah weh , takpayah hukum aku camni . aku taknak daa pikir pasal kau . tolong ah . aku nak lupakan kau wehh . mybe will take a time , tak kesah weh . janji kau tak kacau hidup aku . please , sumpah aku tak tak terdaya kau  asyikk ganggu aku jee . hope sangat aku dapat lupa kan kau . tu laa harapan aku sekarang :') jadi , please . pergi la kau dari hidup aku . dont make me cry for you again . I'm tired of my life because of you :'|

banyak dah aku tahu erti kehidupan di sebabkan kau . terima kasih weh . aku hargai :) and hope kau bahagia dengan kehidupan kau . and kau nak sangat kann aku tak tegur kau or what en ? oh okay . and I think today was A last meet for us :') take care and bye !

Thursday, March 10, 2011


hmm halohalolo . apaaaa cita? haha ,well . saya sihat sahaja . post nieyh aku nak cakap pasal kau . hmm weh . thanks :) I'm happy with you .but sayang kann ? tak dapat lama lama . kau kene tumpukan for PMR next year .  hmm sokeylaa . aku tryy accept . walaupon still bersedih nieyh . hmm kau , fikir laa elok elok . aku sayangggggg kau sangat sangat ohh . kau pon sayang aku rightttt ? hmm promise wehh , aku tak ganggu time kau studyy or whatt . kan aku daa cakap , if kau tengah buat hw or studyyy keee , tayah laa text aku . ignored jee . free time baru textttt . hmm , 23022011 :') .saya ingat lagi tarikh tuu taw . then penentu dia hari rabu . harap harapppp kau dapat accept laa kan . fikirkan elok elok sayangggggg . Aku tahu kau boleh buatt . hmm takut nyaaa hari rabu nanti . Ya Allah , sekiranya dia terima aku , kau cepat kan laa detik detik tersebutt . sekiranyaa tidak , KAU  memperlambatkan laa hari rabu nieyh . aku tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapinyaaa . aku tidak mahu menjadi luqman yang dulu :') seorang yang selalu melanggar perintahMU , selalu membuat benda yang Engkau laknatinya ya Allah . aku mohon ya Allah , kau panjang kan laa jodoh kami :') sekiranya tidak , aku akan terima dugaanmu ya Allah . aku akan menghadapinyaaa dengan tabahh :') . takutnyaa rabu nieyh :'( hmm harap kau terbuka hati :'))) . key laa , that all I think . Take careee yeee ;) and I want to say that Iloveyouuuu sayangggg :) hope kau dapat straight A next yearrr :) byeeeee , sayang kau <3

Tuesday, March 1, 2011

making A problem :)

- your fucking life :) -

Masalah masalah masalah . HAHA , semua orang ade masalah bukan ? biasa laa . hidup kan ? kalau takda masalah datang , hidup tak mencabar laa . apa barang hidup tak camtu . setakat lepak depan laptop then korek hidung jee , makan tido berak makan tido berak berak berak berak berak berak berak berak . tak function langsong oh --' hidup macam ape oh camtu :)

hmm aku macam biasa laa :) tak habis habis selesai kan masalah orang oh --' masalah aku tak pernah selesai pon . hadoyyy , hidup hidup :) act hidup nieyh umpama roda . kadang kadang kita berada dia atas . dan kadang kadang hidup macam shitt je --' 

tapi masalah datang dari sendiri . mana ade dia datang tanpa diundang oh . contoh nyaaa , hidup korang stress sebab putus cinta ? * cam aku je ? HAHA . hmm salah korang jugak oh , sebab korang yang menggedik sangat nak bercinta kan . hmm then camna nak settle kan prob tu ? nak lupakan ex kauorang tu kan ? hmm aku pon tak tahu sangat . sebab susah nak lupakan orang yang kita sayang right ? HAHA

then ade laa masalah pasal family pulakk . mak bapak kongkong korang ehh ? tak kasik lepak dengan membee  ? sebab takut korang rosak ? but betol pe cakap parents korang tu ? macam korang tu boleh kawal diri korang tu . such as smoke . konon kau boleh tahan 'godaan' smoke tu kan ? yelaa . sehari dua hari . lama lama kau try siket . then sedap tak sedap lain cerita . lepas tu kalau tak sedap , kau cakap taknak kan ? then then nanti kau try lagi . percaya la weh . aku cakap benda betol . da try dua tiga kali then kau confirm ketagih weh :) lepas tu kau cakap nak berhenti . HAHA , cakap senang kan ? try laa berhenti . memang tak la aku cakap kan ? benti rokok bapak susah aku tengok dorang . azam da ade but godaan tu still ade kan ? lepas tu try lagii . HAHA , so smoker laa yeee :)

hmm , da laaa . act banyak lagi benda aku nak cakap . but korang bukan ikot pon cakap aku . sia sia je aku membebel . keyh chiaoww guys :)